"Sha, mana kau dpt info ni?" - Melati (bukan nama sebenar)
"Alaa, dia kan internet bergerak" - Mawar (bukan nama sebenar)
Diri yg sedang disebut tu sedang tersenyum bangga.
Ini kisah zama silam sy. Bangga bila dipanggil internet bergerak. Bercerita tentang apa sahaja yg sy tahu. Lagi seronok bila dpt bercerita tentang org yg tak disukai/digemari.
Bila fikir balik, buruknya perangai sy ni. Allah. Sekarang, masih cuba untuk menyahkan habit yg satu ni. Kalau boleh nak buang terus jangan bagi datang dah tapi apa daya, sy cuma manusia biasa yg buat kesilapan. Kadang-2 ada tergelincir. Kadang-2 ada terbuat.
Dulu, tetiap hari nak gossip. Sekarang? Macam takde beza je (sigh) teruknya perangai (nangis)
Tapi Allah sentiasa bagi kita ruang dan peluang untuk memperbaiki diri selagi nyawa tidak ditarik dan selagi kiamat tidak dtg menjemput. So, jom kita sama-2 perbaiki perangai yang satu ni.
Think before you talk. Talk what you think important only or else keep silent. Ok?
Selamat beramal dan jom kejar lailatul qadar :D
No comments:
Post a Comment