Pages

Home Made Pavlova

Thursday, June 13, 2013


Hai. Apa khabar semua? Sejak dua menjak ni sy rajin pulak nak membaking ni. Walaupun percubaan pertama membuat red velvet tidak menjadi. Tapi sy masih gigih meneruskan minat membaking yg tak tahu muncul dari mana utk mencuba buat pavlova.

Pavlova den yg sedikit sebanyak crack dan topping tak cukup dan manis gila macam tuan dia. kbai.


So here the recipe.

Bahan-bahan:

4 biji telur
1 cwn gula caster
1 s/t esen vanilla
1 s/t cuka makan
1 s/m tepung jagung

Topping:

Whip cream
Fresh fruits (kiwi,berries)

Cara membuat:

1. Panaskan oven dengan suhu 150°c selama 10 minit.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur. Pukul putih telur sehingga kembang.
3. Masukkan gula caster sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati dan 'bertanduk' (kalau rasa mahal nak beli gula caster, ambil gula pasir then blend je)
p/s: 'bertanduk' tu maknanya kalau korang terbalikkan bekas tu, adunan tu tak jatu. macam master chef tu :p
4. Masukkan esen vanilla,cuka makan dan tepung jagung. Kacau sehingga sebati.
p/s: ayak dulu tepung jaguk tersebut bagi mengelakkan 'benda halus' masuk ke dalam adunan.
5. Lukis bulatan atas baking paper mengikut citarasa anda sebab nanti senang nak bentut pavlova tu. Kira macam dah ada acuan lah kekononnya.
6. Letakkan baking paper yg warna putih tu ke atas baking tray.
p/s: kalau takde baking paper, boleh guna kertas A4 atau aluminium foil. Tapi kalau nak guna benda ni, time angkat pavlova tu kena ada skill sikit kalau tak dia crack gila. kalau pakai aluminium foil tu, bawah dia akan hangus sikit.
7. Masukkan adunan pavlova ke dalam oven. Bakar adunan pavlova selama 1 jam 30 minit. Selepas 30 minit yg pertama, turunkan suhu kepada 130°c.
p/s: Kalau rasa warna pavlova kurang coklat. Bakar dalam 10 minit lagi.
8. Lepas siap dibakar. Biarkan pavlova sejuk di dalam oven selama lebih kurang 20 minit. Buka sedikit pintu oven.

Cara membuat topping:

1. Pukul whip cream sehingga kembang then sapukan atas pavlova.
2. Potong buah dan hias mengikut kreativiti korang.



Kat sini sy ada sediakan video cmne nak buat pavlova. Ye laa. kekadang tu kita dok baca resepi tapi tak tahu teknik yg betul pun tak boleh jugak kan. Yedok? Hahah. 

So, siap pun pavlova korang. Selamat mencuba :) 

2 comments:

AmiraDalila. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AmiraDalila. said...

must try. miahihihi :D

 
FREE BLOG TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS