BERDOA HANYA PADAMU YA ALLAH… Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar
" Setiap jiwa yang merindui kebenaran ilahi, kerana disebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah"
" Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosakkan kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan, oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti, menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan"
Ibnu munkadir: " Bagiku nikmat dunia ini hanya ada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah." wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk kepada Ilahi."
Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Wahai Tuhan kami!
Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
No comments:
Post a Comment