Pages

A CONVERSATION

Friday, September 21, 2012

hyee semua :) sihat kah ? gembira kah ? sedih kah . kah kah kah ? hahah . banyak pulak kah saya kann :)

okayy laa . tadi . i had a simple conversation with my classmate . and she is a chinese :) name is tung .

the conversation start like this .

TUNG : eh iman . kalau muslim and non-muslim kahwin . non-muslim 
       kena masuk islam ke ?

ME : mestilah . benda tu wajib . ta boleh kalau muslim kahwin
     non-muslim .

TUNG : eh . tapi kann . bukan ada negara yang boleh kawin muslim   
       dengan non-muslim tanpa tukar agama ke ?

ME : (terkedu kut . saya ni dah laa cetek agama . ditanya pulak
      sebegitu rupa)

CLASSMATES : ada negara yang boleh . tapi malaysia ta bagi kalau 
             non-muslim ta masuk islam .

ME : eh . yeke ? ada eh ? (see . tu lah . kurang lagi membaca 
     tasha oi)

then . saya pergi belakang kelas kejap . tanya kawan-2 yang sepatutnya pasal menda ni . dah dapat apa yang perlu dikatakan . saya pun pergi semula kat tung .

ME : dalam islam wajib untuk non-muslim masuk islam kalau nak 
     kahwin dengan muslim . tapi sebab sekarang orang pakai 
     islam liberal . so . atas sesebuah undang-2 negara laa .
     dan negara malaysia punya undang-2 suruh masuk islam .

TUNG : ooh . i baru ingat na kahwin dengan malay .

ME : errr .

so . the conversation stop here . but . me still dont stop thingking bout it . dan ianya memanggil saya untuk membuat sedikit carian . tapi biasalah . bukan senang untuk kita memaham kan seorang non-muslim tentang islam .
kadang-2 mereka berfikir lebih dari kita yang dah sedia islam sejak kecil . so . di sini saya ingin berkongsi tentang carian saya .

Surah An-Nisa pada ayat 21 yang bermaksud: ``Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.''

Surah Al-Baqrah pada ayat 221 menyatakan bahawa;
``Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).''

Di dalam Surah Al-Maidah Ayat 5 juga Allah telah menegaskan ``Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita yang beriman dan wanita yang menjaga kehormatannya daripada kalangan orang yang diberikan kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.''
saya berharap carian saya ni dapat membantu anda sedikit sebanyak . salam :)

No comments:

 
FREE BLOG TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS