WEH, PASNI KAU NAK BUAT APA?
KAU ADA PLAN PAPE KE UNTUK FUTURE KAU?
KAU NAK KERJA KE NAK SAMBUNG BELAJAR?
Ni semua soalan-soalan lazim bila kau dah nak habis belajar.
Benda biasa ni. Tak kisah lah kau baru lepas SPM ke, Diploma ke, Degree ke,
Masters ke. Tak kira. Oh ye soalan ni lain dari soalan BILA NAK KAHWIN? ye
adik-adik semua. Huhu. Dan sesungguhnya aku ni lambat lagi untuk menerima soalan
bila nak kahwin ni tapi soalan nak buat apa lepas ni pasti diberikan tanpa jemu
kepada aku memandangkan dah tak lama nak habis Degree ni.
Oi, kau ingat ada orang keww nak tahu pasal future plan kau?
Hewhewhew. Biarlah kalau takde orang nak tahu pun. Ni blog
aku kot - jawab si gelabah Tasha
Atau mungkin nanti kalau ada orang tanya aku in real life
lepas ni nak buat apa, aku terus je hulur link blog aku. Baca terus dari sini
takde lah aku nak kena ulang banyak kali tiap kali jumpa orang kan? hahahhaha.
Atau pada sesiapa yang sangat berminat dengan life aku tapi
malu-malu kucing nak tanya kat aku terus dan membuat keputusan untuk tanya pada
kenalan aku "Eh Tasha tu lepas ni nak buat apa eh?" maka sila lah
kenalan aku tu hulur link blog aku ni sebab korang pun bukannya tahu sangat pun
apa plan hidup aku kan? kan?
Nah aku mempersembahkan kepada korang penduduk sekalian alam
plan aku lepas habis Degree. Muntah hijau lah kau baca plan aku ni.
Lesen Kereta
Sebagai seorang yang sudah melepasi umur belasan tahun,
seharusnya sesuatu yang wajib untuk mempunyai lesen kereta tetapi malangnya aku
masih tiada lesen kereta. Haaa gelak puas-puas. Takpe aku dah biasa dah kena
gelak dengan orang bila dah tahu aku takde lesen kereta lagi. Cedih.
Jadi plan aku habis je raya sebulan (ye aku nak raya sebulan
tak kira), aku akan mula mengambil kursus lesen kereta. Lepas ni dah takde
sesiapa boleh gelakkan aku. Harharhar (ketawa bangga)
Business
Ye sebagai Gen-Y aku seharusnya mempunyai angan-angan yang
harap-harap bukan angan-angan Mat Jenis untuk mempunyai business sendiri.
Business apa tu aku tak boleh reveal lagi sbb semua hanyalah dalam perancangan
dan apa-apa ground work masih belum dijalankan. Nanti kalau aku bagitahu awal
pastu tak jadi malu oiii. Buuuu. hahahahha
Perkara ini haruslah telah dibincang dengan Family aku
(Ayah, Ibu & Kakak) dan hasil dari perbincangan secara berasingan tu aku
dapat 3 jawapan.
Ok lah tu kalau nak buat business. Fokus. - Kakak
Orang hantar belajar tinggi-tinggi nak suruh cari kerja. -
Ibu
Boleh nak business tapi kenalah ada pengalaman. Kerja dulu
cari pengalaman lepastu baru buat business. - Ayah
Memandangkan aku plan untuk fokus setahun dalam business ni
so kiranya kakak aku sokonglah pada plan aku yang satu ni tapi aku tak dapat
sokongan dari 2 orang yang paling penting dalam hidup aku jadi aku perlu
lambatkan sikit plan aku yang satu ni. Korang tunggu je business meletop aku ni
sampai kat telinga korang, ok?
Kerja
Ohoiiii, siapa taknak kerja oiii dapat duit dari hasil titik
peluh sendiri? Nak bayar duit PTPTN lagi ni. Dengan air liur mana mahu nye nak
langsai PTPTN tu. Jadi seharusnya aku pun mempunyai cita-cita yang sama untuk
bekerja.
Dan jujur aku kata, buat masa ni aku sangat berminat untuk
bekerja sebagai PA kepada sesiapa yang memerlukan PA. Tapi kena tunggu aku
dapat lesen kereta dulu lah.
Kenapa PA? Sebab bagi aku kekuatan aku sekarang adalah PR
skills dan dengan menjadi PA aku dapat rasa aku akan banyak improve dalam PR
skills aku. So, pada mana-mana yang nak pakai PA tu, Tuan/Puan harap reserve
vacancy tersebut untuk saya sampai saya dapat lesen kereta ok? Hihi.
Study
MBa/Masters adalah merupakan salah satu impian aku dan plan
untuk masa depan aku. Aku harap sangat aku dapat sambung Masters dekat Aussie.
Aku pun tak tahu kenapa aku nak sangat pergi Aussie tapi aku nak lah. Dan
seharusnya lah parents aku suka kalau anak dia sambung belajar lagi.
You can start thinking of MBa now - Miss Ayu
Yes, Miss Ayu (lecturer) pun dah start dah sokong aku untuk
pursue impian aku yang satu ni. Korang doakan taw aku berjaya sambung Masters
ni. Nanti aku belikan korang souveniers ok?
Travel
Jalan. Jalan. Jalan.
Siapa tak suka jalan kan? Aku kalau boleh nak travel
sorang-sorang rasa macam mana nak survive sendiri pastu belajar pasal culture
orang, makanan orang dan untuk mampu lihat dunia dari satu perspektif yang
lain. Aku takde lah memasang harapan yang tinggi dalam impian ni dengan terus
nak pergi luar negara kan. Tapi impian ni aku pasang untuk travel dalam
Malaysia dulu dengan lihat keunikan negara sendiri lepastu baru lah aku boleh
hargai negara sendiri dan negara lain. Haaa gittewww.
So, sesiapa yang mampu merealisasikan impian aku yang satu
ni, please please please help me. Nak travel oiii.
***
Ok by that habislah plan masa depan aku buat masa ni. Terima
kasih sebab gigih dan tabah bersama aku untuk entry ni dan terima kasih sebab
mendoakan aku agar tercapai semua impian aku ni. Ah sayang lah korang semua.
Muah ciked. Papepun ini semua hanyalah plan sahaja. Sesungguhnya kita merancang
dan Dia merancang dan sebaik-baik perancangan adalah darinNya.
No comments:
Post a Comment