Bismillahirrohmanirrohim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
So, ada lah 2-3 org sahabat yg mintak sy cerita dalam blog macam mana sy boleh berubah. Hmmm, segan pulak nak bercerita, tapi sy harap dengan cerita sy Allah sentuh hati korang semua. Aamiin.
Memula cite dia cenggini, kalau dedulu tengok org berniqab ni rasa tenang je. Rasa sedap je mata memandang ni. Tapi time tu mmg tak tergerak pun hati ni nak pakai betul-2.
Sampai lah lepas habis matriks tu and join team Stand Up Flashmob. Majoriti flashmobbers is a niqabis. MasyaaAllah, rasa tenang je borak dengan dorang even tak pernah jumpa. Ukhuwwah fillah lah org kata :)
So dari mereka sy dapat kekuatan utk pakai niqab. Oh lupa act dalam beberapa minggu sebelum tu mmg niat nak pakai niqab dah.
Seminggu sebelum daftar uni dah beli niqab dah tp ada masalah dengan penghantaran so niqab dapat lambat. Tapi ada hikmah semua tu.
So lepas dah habis orientation week apa semua, sy pergi lah join flashmob dekat Bangi. Alaa yang program Pray 4 tu. MasyaaAllah, time tu rasa asing sangat bila dikelilingi oleh niqabis-2 semua. Macam sy sorang je tak pakai niqab kat situ. Dan sebab kekuatan dari mereka sy tetapkan jugak hati nak pakai niqab.
Hari ahad tu bila nak balik uni, gatal-2 kan tangan pergi pinjam niqab ka nadh. Memula nak pakai keluar je, haaa bila dah nak balik tu terus mintak izin dekat kak nadh nak pinjam dulu niqab tu.
And the first week pakai kat uni je without my family's knowledge. Seminggu yang penuh cabaran act. Seminggu yang sahabat-2 semua support dari belakang. Alhamdulillah.
Then bila weekend kena pergi seremban sebab abg sedara kahwin. Hari sabtu tu tak pakai niqab tp dah cakap dah kat ayah yg sy dah start pakai niqab dah. Alhamdulillah ayah terus bagi green light tanpa teragak-agak. Then malam tu ayah bgtaw ibu and ibu ada lah ckp sikit sbb risau takut anak dia ni memain je kan.
Then hari Ahad tu dilema nak pakai ke tak sebab semua sedara-mara ada ni. Lepas fikir masak-2 and tanya org tu tanya org ni. Siap mintak izin ibu lagi, sy pun pakai lah. Memang sedara-mara semua terkejut tp Alhamdulillah dorang boleh terima semua.
Cuma kena warn sikit lah sebab takut syiah kan. Tapi InShaaAllah hati ini tetap ikut Ahli Sunnah Wal Jamaah :)
So sekarang ni dah nak hampir 3 minggu berniqab dan rasa macam eh dah 3 minggu dah eh? Haa mcm tu lah. Tapi jangan ingat 3 minggu tu berlalu tanpa ada sedikit pun ujian taw. Jalan menuju syurga Allah tak pernah mudah.
Sedih bila org tutup aurat dengan sempurna dipandang pelik dan org pakai seksi meksi dipandang biasa. Allah, dunia akhir zaman ke ni?
Wahai kaum hawa yg disayangi semua, nak berfashion tu tidak salah tapi tahu lah batasan nya. Hebat sgt ke kita ni sampai ingkar perintah Allah? Kebal sangat ke kulit kita ni dengan api neraka Allah tu?
*nangis*
Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa kami hambamu ini dan Kau sentuhlah hati-hati kami ini dengan Hidayah-Mu Ya Allah. Jangan lah Kau tarik Hidayah yang Kau telah beri kepada kami ini. Sesungguhnya kami ini hanya lah hamba Mu yang penuh dengan dosa.
Aamiin.
*nangis*
So sampai kat sini jelah perkongsian sy tentang mcm mana sy boleh berniqab ni.
Oh ye sebelum terlambat. Ni nak promote sikit. Kata sayang saudara-2 kita di mesir syria palestine semua tu kan? Dari kita dok ckp syg je tak buat pape, apa kata kita sumbang kan sikit tenaga kita utk bg kesedaran kat org yg kat luar sana dalam masa yg sama kita boleh mengutip sedikit sumbangan utk mereka yg tertindas tu. Ayuh semua umat Islam!
takpe dik..setiap satu perubahan tu dijanjikan keistimewaan.. :) dan niqb adalah pilihan.maaf..bukanlah orang alim..tapi bagi akak,niqab mampu menjaga.berat sebenarnya. semoga terus istiqmah #ukhuwahfillah.:)
4 comments:
thanks sue *nangis* kecciknye diri ni :'( i wish i can do better after this . :'( muga segala perubahan dipermudahkan . baru naik satu tangga :'(
takpe dik..setiap satu perubahan tu dijanjikan keistimewaan.. :) dan niqb adalah pilihan.maaf..bukanlah orang alim..tapi bagi akak,niqab mampu menjaga.berat sebenarnya. semoga terus istiqmah #ukhuwahfillah.:)
takpe alang. slow-2 yee syg :)
*touched*
Post a Comment